TERMA DAN SYARAT KEMPEN ‘AOLLA MILIKMU’
________________________________________
Terma dan Syarat berikut adalah terpakai kepada “Aolla Milikmu” 2020 (“Kempen”), anjuran Aolla Food Industries Sendirian Berhad (“Aolla Food”) [No. Pendaftaran 202001030062 (1386382-H)].
1.0 TEMPOH KEMPEN
Kempen ini akan bermula pada 16 November 2020 dan berlangsung sehingga 31 Disember 2020 (“Tempoh Kempen”). Walaubagaimanapun, untuk Kempen Cabutan Bertuah “Cabutan Bertuah”, perlu mencukupi 1,000 penyertaan (Rujuk Klausa 4.2). Aolla Food berhak untuk mengubah Tempoh Kempen, samaada tarikh permulaan dan/atau tarikh tamat.
2.0 KELAYAKAN
2.1 Kempen ini terbuka kepada secara umum kepada semua warganegara Malaysia.
2.2 Bagi tujuan Kempen ini, semua pelanggan yang dinyatakan di dalam Klausa 2.1 akan disebut sebagai “Pelanggan” di dalam Terma dan Syarat ini.
3.0 PENDAFTARAN DAN SYARAT PENYERTAAN
3.1 Untuk menyertai Kempen ini, Pelanggan mestilah melengkapkan Borang Kempen Aolla Milikmu (“Borang Kempen”) di paparan laman sesawang iaitu http://aolla.co/getfree1/ dalam Tempoh Kempen, yang mana Borang Kempen tersebut boleh diperolehi melalui laman media sosial Aolla Food.
3.2 Setiap Pelanggan berpeluang untuk mendapat satu (1) balang Aolla Popcorn secara percuma. Borang Kempen yang tidak diisi mengikut kriteria serta arahan ditetapkan akan dianggap sebagai tidak lengkap.
3.3 Borang Kempen yang telah dilengkapkan, akan membawa Pelanggan ke aplikasi WhatsApp untuk tindakan selanjutnya. Tindakan seterusnya bergantung daripada manakah pelanggan akses pautan paparan laman sesawang.
3.4 Bagi Cabutan Bertuah, semua pemenang Cabutan Bertuah akan disebut sebagai “Pemenang” di dalam Terma dan Syarat ini.
3.5 Dengan menghantar Borang dan menyertai Kempen tersebut, Pelanggan dengan ini dianggap telah mengaku dan mengesahkan kepada Aolla Food bahawa:
(a) Pelanggan telah memberi kebenaran kepada Aolla Food untuk menghubunginya pada bila-bila masa bagi tujuan Kempen;
(b) Pelanggan telah membaca dan memahami Terma dan Syarat di laman sesawang Aolla Food, aolla.co/term;
(c) Pelanggan telah mengesahkan bahawa ianya membenarkan nama didedahkan kepada bakal pelanggan yang lain bagi tujuan Kempen.
4.0 AOLLA POPCORN PERCUMA
DAN CABUTAN BERTUAH
4.1 Syarat Tuntutan Aolla Popcorn Percuma
(a) Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Pelanggan yang layak menerima Aolla Popcorn secara Percuma (“Popcorn Percuma”) dengan syarat;
(i) melengkapkan Borang Kempen Aolla Milikmu (“Borang Kempen”) di paparan laman sesawang iaitu http://aolla.co/getfree1/ dalam Tempoh Kempen; dan
(ii) sekiranya terdapat persamaan alamat di antara pelanggan, penghantaran Popcorn Percuma akan diberikan kepada Pelanggan pertama (“Lebih Awal”). Pelanggan Kedua (“Kemudian”) tidak akan mendapat Popcorn Percuma.; dan
(iii) pemberian Popcorn Percuma sementara stok masih ada sahaja. Aolla Food berhak untuk menukar jumlah keseluruhan pemberian Popcorn Percuma tanpa sebarang notis atau makluman kepada Pelanggan.
(b) Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Pelanggan layak untuk menerima Popcorn Percuma menurut Klausa 4.1(a).
4.2 Syarat Sertai Cabutan Bertuah
(a) Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Pelanggan yang layak menyertai Cabutan Bertuah dengan syarat;
(i) melengkapkan Borang Kempen Aolla Milikmu (“Borang Kempen”) di paparan laman sesawang iaitu http://aolla.co/getfree1/ dalam Tempoh Kempen; dan
(ii) telah menuntut Popcorn Percuma; dan
(iii) menyimpan Thank You Card “Kad Rujukan” untuk tujuan
imbas kod QR dan rujukan nombor siri; dan
(iv) pelanggan telah membeli tiga (3) balang Aolla Popcorn “Pakej Kombo” yang berharga RM50.00 menerusi imbasan kod QR di Kad Rujukan; dan
(v) melengkapkan tindakan seterusnya seperti dinyatakan menerusi aplikasi WhatsApp.
(b) Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, Pelanggan layak untuk sertai Cabutan Bertuah menurut Klausa 4.2(a).
4.3 Hadiah Cabutan Bertuah
(a) Pemenang Cabutan Bertuah terhad kepada tiga (3) individu sahaja. Satu (1) individu bagi Hadiah Utama, satu (1) individu bagi Hadiah Kedua dan satu (1) individu bagi Hadiah Ketiga,
(b) Setiap pembelian perlu dilakukan terus kepada Aolla Food
(c) Bagi tujuan kejelasan, berikut merupakan senarai hadiah:
HADIAH UTAMA |
iPhone 12 64 GB Bernilai RM3,899.00 |
HADIAH KEDUA |
Wang Tunai RM500.00 |
HADIAH KETIGA |
Wang Tunai RM200.00 |
4.4 Kaedah Pemberian Hadiah
(a) Pemenang akan dimaklumkan melalui siaran langsung di laman media sosial Aolla Food. Sekiranya Pemenang tidak menyertai siaran langsung tersebut, maka Aolla Food berhak untuk menukar Pemenang.
(b) Tertakluk kepada Terma dan Syarat ini, Pelanggan yang layak mendapatkan hadiah, dikehendaki untuk memberikan maklumat yang diperlukan oleh Aolla Food, dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh Pemenang dihubungi oleh Aolla Food bagi urusan pemberian hadiah. Jika gagal berbuat demikian, pihak Aolla Food berhak untuk menukar atau mengganti atau membatalkan pemberian hadiah.
(c) Pemberian hadiah melalui serahan tangan. Namun, jika Pemenang berada di luar Lembah Klang, hadiah akan dihantar melalui kurier. Justeru, Pemenang perlu memastikan maklumat yang diberikan kepada Aolla Food adalah tepat.
(d) Tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini, sebarang permohonan daripada Pemenang untuk memindahkan hadiah kepada pihak ketiga atau permohonan pertukaran hadiah kepada ganjaran/faedah yang lain tidak akan diterima.
(e) Aolla Food mempunyai hak mutlak untuk menggantikan hadiah dengan ganjaran lain tanpa perlu memberikan sebarang notis kepada Pemenang.
5.0 TERMA DAN SYARAT AM
5.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Kempen ini dan bersetuju bahawa apa-apa keputusan yang dibuat oleh Aolla Food berhubung Kempen ini adalah muktamad.
5.2 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan juga akan dianggap membenarkan Aolla Food untuk mendedahkan informasi mengenai Pelanggan kepada pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menganjur dan mempromosi Kempen ini.
5.3 Aolla Food berhak untuk menukar atau meminda mana-mana aspek di dalam Kempen atau mana-mana bahagian di dalam Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa perlu memberikan notis awal kepada Pelanggan terlebih dahulu.
5.4 Sebarang pindaan terhadap Terma dan Syarat ini akan dimaklumkan kepada Pelanggan melalui laman sesawang Aolla Food atau melalui sebarang medium komunikasi lain yang akan ditentukan oleh Aolla Food.
Pindaan tersebut akan berkuatkuasa dari tarikh pemakluman pindaan atau dari sebarang tarikh yang ditetapkan oleh Aolla Food dan akan mengatasi Terma dan Syarat sebelumnya.
5.5 Terma dan Syarat Kempen ini akan mengatasi sebarang peruntukan atau representasi yang terkandung di dalam apa-apa bahan promosi lain yang berkaitan dengan Kempen ini.
5.6 Aolla Food berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Kempen ini dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
5.7 Liabiliti Aolla Food berhubung Terma dan Syarat Kempen ini adalah tertakluk kepada pengecualian dan limitasi berikut: –
(a) Aolla Food tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti terhadap Pelanggan atau Pemenang jika Aolla Food tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya di bawah Terma dan Syarat ini disebabkan oleh sebarang punca di luar kawalan Aolla Food, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan pada sistem pemprosesan data, kerosakan peranti mekanikal atau elektronik, bencana alam semulajadi, perperangan, rusuhan, mogok, tindakan industri, kebakaran, banjir atau mana-mana situasi di luar kawalan Aolla Food;
(b) Aolla Food tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami oleh (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, kehilangan keuntungan sampingan atau ganti rugi khas Pelanggan atau Pemenang secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan Kempen ini atau berkaitan dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Kempen ini menurut Klausa 5.7;
(c) Aolla Food tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang ganti rugi wang terhadap sebarang kos yang dikeluarkan oleh Pelanggan atau Pemenang dalam menyertai Kempen ini; dan
(d) Sekiranya terdapat kesilapan mengenai jumlah balang atau hadiah, liabiliti Aolla Food adalah terhad untuk membetulkan kesalahan tersebut sahaja.
5.8 Tertakluk kepada persetujuan pengurusan Aolla Food, Aolla Food berhak untuk membatalkan pemberian satu (1) balang Aolla Popcorn secara percuma dan hadiah cabutan bertuah jika:
- Pelanggan atau Pemenang didapati tidak memenuhi syarat-syarat mengambil bahagian dalam Kempen ini;
- Pelanggan atau Pemenang tidak membuat transaksi pembelian pakej kombo Aolla Popcorn;
- Pelanggan atau Pemenang tidak menyertai siaran langsung di laman media sosial Aolla Food untuk pengumuman pemenang kempen;
- Pemenang tidak memberikan maklumbalas untuk tujuan tuntutan hadiah cabutan bertuah dalam tempoh 5 hari bekerja; atau;
- Pemenang telah meninggal dunia.
5.9 Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia.
Untuk maklumat dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Aolla Food di talian 016-2298081 atau layari laman sesawang Aolla Food https://aolla.co/